Tuesday, October 20, 2009
Gentleman
Rasanya sudah puas memberikan sepenuh komitmen kepada lelaki-lelaki itu. Sekalipun tidak berkenan atau apa sekalipun apakah payah dan berat mulut untuk menyatakannya. Katakan ya atau tidak. Mudah. Tapi tidak mengapa biarpun pening-pening lalat untuk menerimanya. Gerak laku mereka-mereka bisa dibaca dan dikenalpasti bahawasanya lelaki-lelaki itu sudah jauh meninggalkan. Pergilah. Selanjutnya, lelaki-lelaki Melayu yang pernah ditemui kebanyakan mereka memang langsung tidak ada ciri-ciri seorang gentleman aka budiman sehinggakan untuk menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan atas keprihatinan yang diberikan pun sukar. Semuanya pergi berlalu begitu sahaja dibawa angin lintang yang entah dari mana. Lesap begitu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Emm..cuba perempuan pula. Perempuan suka menyatakan hasrat hatinya. Lebih gentleman daripada gentleman!
ReplyDeletecuba? mana boleh cuba cuba...lagipun memang tak minat. tak tahu nak buat apa... huhuhu. (wah..so open)
ReplyDelete